Sesi Perkongsian Klik dengan Bijak - Awas! Bahaya Akaun Keldai

7 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 6 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak iaitu Awas! Bahaya Akaun Keldai. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan kepada orang ramai tentang apa itu akaun keldai, modus operandi akaun keldai, langkah-langkah keselamatan dari menjadi akaun keldai dan lain-lain. Melalui perkongsian ini, orang ramai sedar bahaya akaun keldai dan mengambil langkah berhati-hati dan berwaspada ketika melayari internet. Orang ramai perlu menjadi bijak supaya tidak menjadi mangsa kepada akaun keldai.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali