Kisah Kejayaan
Colina Binti Henry merupakan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2016 di SMK Sains Joseph Miri. Di awal pembukaan Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dibuka, beliau terus menjadi ahli PI malah beliau sering berkunjung ke PI Permyjaya untuk menggunakan perkhidmatan seperti online, fotokopi, mencetak dan beliau juga mengikuti Kursus Intel Learn Easy Step (Asas Komputer).
Pada permulaan, beliau tidak mahir dalam penggunaan komputer dan internet. Setelah menghadiri Kursus Asas Komputer pada Januari 2017, kini beliau telah mahir menggunakan komputer malah beliau juga kini telah memohon Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) (menggunakan keputusan PMR).
Hasil dari bantuan staff PI Permyjaya sebelum beliau menduduki SPM, pada bulan Oktober 2016, beliau telah meraih Anugerah Pelajar Cemerlang di sekolah. Dengan adanya PI Permyjaya, sebelum beliau menduduki SPM beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari maklumat dan soalan-soalan lepas SPM. Dengan kadar perkhidmatan yang murah dan berbaloi, beliau mendapat anugerah tersebut.