Kawasan Rekreasi Dan Pelancongan
Berikut merupakan antara Kawasan Rekreasi dan Pelancongan sekitar kawasan RPR Bandar Baru Permyjaya.
Taman Buaya
Taman Buaya atau juga dikenali sebagai Zoo Mini Miri ini letaknya kira-kira 30 minit dari bandaraya Miri dan dibuka dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Terdapat perlbagai jenis binatang di sini dan amat sesuai untuk dijadikan kawasan riadah bersama keluarga dan sesiapa sahaja yang sukakan haiwan.
Litar Go-kart
Untuk penggemar acara go-kart, terdapat litar go-kart bertaraf antarabangsa (Class I) di sini. Ianya boleh memuatkan sebanyak 600 orang penonton pada satu-satu masa dan terdapat banyak kemudahan di sini seperti kawasan makan minum, kantin, bilik VIP dan klinik. Litar go-kart ini berukuran 1.3km panjang dan lebarnya 10m serta merupakan yang paling panjang terdapat di Sabah dan Sarawak.