Perkongsian Advokasi Check Your Label

15 April 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 14 April 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian advokasi tentang Check Your Label. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai. Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mempunyai label MCMC yang sah pada peranti telekomunikasi.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa menyemak label MCMC pada peranti telekomunikasi sebelum membuat pembelian. Ada label, anda selamat. Melalui perkongsian ini, orang ramai tahu apa itu Check Your Label. Kempen kesedaran Check Your Label penting kerana dapat membantu orang ramai supaya berhati-hati ketika membuat pembelian dan tidak tertipu serta dapat menggunakan peralatan komunikasi dengan selamat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali