Fun Crossword Merdeka 2022

20 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 Ogos 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu aktiviti bersempena dengan Hari Kebangsaan Malaysia yang disambut setiap tahun pada bulan Ogos. Kuiz ini dinamakan Fun Crossword Merdeka 2022. Peserta boleh menyertai kuiz ini dengan menekan pautan yang diberikan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya. Tujuan aktiviti ini dilakukan adalah untuk memupuk semangat kemerdekaan dan cintakan negara dalam kalangan individu. Malaysia akan menyambut kemerdekaan yang ke 65 tahun pada 31 Ogos 2022. Melalui aktiviti ini, peserta dapat menguji ketangkasan memori mereka tentang tanah air yang tercinta, Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali