Perkongsian Santai Perkhidmatan Terbaru di PEDi RRR Bandar Baru Permyjaya

7 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 6 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian santai tentang perkhidmatan terbaru di PEDi RPR Bandar Baru Permyjaya. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberitahu orang awam atau komuniti setempat tentang perkhidmatan terbaru yang terdapat di PEDi RPR Bandar Baru Permyjaya. Disini, staf PEDi akan membantu komuniti setempat untuk menghasilkan resume yang mantap, gambar passport yang professional, pengisian borang permohonan dalam talian, penghasilan surat formal dan sebagainya.

Melalui perkongsian ini, komuniti setempat dapat tahu perkhidmatan terbaru di PEDi RPR Bandar Baru Permyjaya. Dengan skil yang ada, staf PEDi dapat memudahkan urusan komuniti yang memerlukan perkhidmatan untuk mencipta resume dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali