Klik Dengan Bijak Buli Siber

10 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 9 Januari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah membuat perkongsian Klik Dengan Bijak iaitu Buli Siber. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini diadakan adalah kerana walaupun kita telah berada di tahun 2022, namun budaya buli siber masih berleluasa dan ramai yang telah menjadi mangsa. Video ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai bahaya buli siber kepada orang lain.

Tip pencegahan juga dikongsi bersama untuk membanteras jenayah buli siber. Selain itu, kita dapat bersiap sedia sekiranya menjadi mangsa dan tidak mudah panik untuk mengambil tindakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali