Perkongsian Klik dengan Bijak : Body Shaming

6 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang Body Shaming. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk memberi kesedaran tentang Body Shaming. Body Shaming ataupun Sindir Badan merupakan satu perbuatan menghina tubuh badan seseorang atau rupa fizikal di mana-mana aplikasi dalam talian di media sosial atau secara lisan. Perkongsian ini turut menghuraikan tentang kesan negatif Body Shaming dan cara untuk mengatasi Body Shaming.

Melalui perkongsian ini, orang ramai sedar tentang bahayanya Body Shaming kerana ia nya boleh memberi kesan buruk kepada mangsa yang boleh mengakibatkan kemurungan, bunuh diri, kurang keyakinan diri, social anxiety dan sebagainya. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempraktiskan budaya Body Shaming kerana ia nya akan menjadi ikutan generasi lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali