Whatsapp Business

27 Julai 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26 Julai 2022, staf Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi kelas secara fizikal kepada usahawan PEDi iaitu cara untuk set up Whatsapp Business. Kelas diadakan di bilik latihan PEDi RPR Bandar Baru Permyjaya.

Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk membantu usahawan cara-cara untuk menggunakan aplikasi Whatsapp Business agar lebih memudahkan perniagaan yang dijalankan dan juga memudahkan pembeli untuk memilih produk yang hendak dibeli.

Melalui kelas ini, usahawan PEDi lebih memahami bahawa Whatsapp Business adalah aplikasi yang lebih mudah untuk para peniaga kerana mereka perlu ke setting business tools untuk melengkapkan data perniagaan dan juga produk jualan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali