Cara Dapatkan Salinan Sijil Peperiksaan Secara Online

23 Mei 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 Mei 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian ICT kepada orang umum tentang cara untuk mendapatkan Salinan sijil peperiksaan secara online. Perkongsian ini telah diadakan secara langsung di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk mengajar dan membantu orang ramai untuk mendapatkan salinan sijil peperiksaan seperti salinan sijil SPM yang telah hilang secara online. Perkongsian ini dilakukan dari langkah pertama sehingga langkah terakhir supaya orang ramai memahami cara untuk mendapatkan salinan sijil peperiksaan mereka yang telah hilang.

Melalui tutorial ini, orang ramai tidak perlu risau untuk berbaris atau pergi ke pejabat kerajaan untuk mendapatkan salinan sijil peperiksaan yang telah hilang. Mereka boleh mendapatkan Salinan sijil secara online dan boleh pick-up di pejabat atau pos ke alamat rumah masing-masing setelah siap.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali