Kemaskini Gambar dan Harga Shopee Usahawan

22 Januari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 Januari 2022, salah seorang usahawan PEDi RPR Bandar Baru Permyjaya telah menggunakan khidmat Staf PEDi untuk membantu beliau mengemaskini gambar dan senarai harga didalam akaun perniagaan Shopee beliau berikutan kenaikan harga barang pada masa kini.

Usahawan PEDi, Puan Julia telah mengemaskini harga jualan beliau berdasarkan kos-kos untuk modal yang telah beliau keluarkan bagi memastikan stok produknya sentiasa sedia ada dan mudah dibeli oleh pelanggan.

Selain itu, staf PEDi membimbing beliau untuk menghasilkan Copywriting di media sosial yang boleh menarik minat pelanggan untuk membeli produknya. Beliau juga menggunakan servis PEDi untuk mencetak poster iklan yang baru bagi memudahkan agen-agen beliau mendapatkan harga yang baru.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali