Perkongsian ICT - Cara Cipta Surat Rasmi Guna Microsoft Word

18 Jun 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 17 Jun 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian ICT kepada orang umum tentang cara untuk mencipta surat rasmi menggunakan Microsoft Word. Perkongsian ini telah diadakan secara langsung di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk mengajar dan membantu orang ramai supaya tahu untuk membuat surat rasmi bagi tujuan rasmi seperti membuat permohonan, aduan, rayuan dan sebagainya. Dalam perkongsian ini, staf PEDi juga turut menerangkan format yang perlu diikuti untuk mencipta surat rasmi yang betul.

Melalui perkongsian ini, orang ramai tahu kegunaan surat rasmi dan cara untuk mencipta surat rasmi mengikut format yang betul. Orang ramai digalakkan untuk mencipta surat rasmi menggunakan komputer supaya hasilnya nampak kemas dan professional.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali