Perkongsian Klik dengan Bijak - Buli Siber

17 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang Buli Siber. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang buli siber. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil ringan gejala buli siber dan ambil tahu serta peduli tentang buli siber. Buli siber merupakan satu perbuatan jenayah yang berlaku dalam kalangan remaja dan orang dewasa dan boleh mendatangkan kesan buruk kepada mangsa.

Melalui perkongsian ini, orang ramai tahu apa itu buli siber, cara untuk mengenali pembuli siber dan tip pencegahan untuk mengelak menjadi mangsa buli siber. Semoga buli siber dapat ditangani dan dicegah supaya orang ramai tidak menjadi mangsa.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali