Perkongsian ICT Tutorial Cara Convert Slide PowerPoint ke Video

10 Februari 2022 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 9 Februari 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu perkongsian ICT tentang cara untuk convert slide Power Point ke video. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan perkongsian ini dilakukan adalah untuk mengajar dan menunjukkan cara untuk convert slide Power Point ke video dari langkah pertama sehingga langkah terakhir. Tutorial ini sangat mudah kerana pengajar mengajar dengan perlahan dan menerangkan cara-cara convert video dengan terperinci.

Melalui perkongsian ini, peserta tahu cara untuk convert slide Power Point ke video untuk tujuan belajar atau pun kerja. Video slide yang telah siap boleh dipamerkan setiap masa dan berjalan secara automatic.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali