Klik dengan Bijak Semak Fakta

28 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Mac 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tayangan video Klik dengan Bijak iaitu Semak Fakta bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya. Program ini telah disertai oleh seorang peserta berusia 18 tahun bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 9:30 pagi. Tujuan tayangan video Klik dengan Bijak ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang pentingnya untuk semak fakta sebelum berkongsi maklumat kepada orang lain atau melalui media sosial.

Perkongsian maklumat dan berita yang betul dan sahih boleh dilakukan dengan berkongsi melalui sumber yang dipercayai bukan hanya khabar angin atau melalui mulut orang. Di akhir perkongsian ini, peserta dinasihati supaya semak fakta sebelum kongsi maklumat. Pelatih juga mengingatkan peserta agar sentiasa berhati-hati berkongsi maklumat supaya tidak mengelirukan orang ramai dengan berita yang tidak sahih. Perkongsian berita atau maklumat yang tidak tepat boleh disabitkan sebagai satu kesalahan jenayah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali