Tutorial ‘Receive Order’ Dalam Shopee

15 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 14 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah membuat satu tutorial mengenai ‘Receive Order’ dalam Shopee. Tutorial ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai. Tujuan tutorial ini diadakan adalah untuk membantu pengguna Aplikasi Shopee untuk klik butang ‘Receive Order’ setelah selesai mendapatkan item dan item tersebut mestilah diperiksa terlebih dahulu sebelum klik butang tersebut untuk memastikan pengguna menerima item dalam keadaan baik dan berfungsi. Tutorial ini memberi banyak manfaat kepada pengguna Aplikasi Shopee lagi-lagi kepada pengguna yang tidak tahu bahawa kita perlu menekan butang ‘Receive Order’ dan ianya akan mempercepatkan proses pembayaran kepada penjual. Paling penting, membeli barang di Shopee adalah berbeza daripada berurusan terus dengan penjual kerana kita perlu membeli melalui aplikasi dan mengikut prosedur yang ditetapkan aplikasi Shopee.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali