Sesi Perkongsian Santai Lindungi Data Peribadi Anda

22 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian santai tentang Lindungi Data Peribadi anda. Sesi perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai. Tujuan sesi perkongsian santai ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang pentingnya untuk lindungi data peribadi mereka. Data peribadi ialah segala jenis maklumat yang mempunyai identiti kita. Contoh data peribadi adalah seperti nama penuh, alamat rumah, nombor telefon, nombor kad pengenalan, alamat emel dan butiran akaun bank. Segala data peribadi tidak patut didedahkan untuk tontonan umum bagi melindungi keselamatan kita dari scammer dan orang yang tidak bertanggungjawab untuk mengelakkan kecurian data. Kebaikan sesi perkongsian santai ini adalah komuniti menjadi pengguna internet yang bijak dan berhati-hati ketika berkogsi kehidupan seharian mereka di media sosial. Berkongsi berpada-berpada sebelum mengundang bahaya yang merugikan diri.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali