Kelas Asas Komputer

28 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Mac 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas komputer bertempat di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya. Kelas ini telah disertai oleh seorang peserta berusia 18 tahun bermula dari jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi. Tujuan kelas asas komputer ini diadakan adalah untuk membantu peserta lebih mengenali dan mengetahui setiap fungsi komponen-komponen asas komputer. Antara komponen-komponen asas komputer yang diperkenalkan kepada peserta ialah motherboard, hard drive, processor, RAM, USB Port, Ethernet port dan lain-lain. Pelatih menerangkan fungsi setiap komponen asas komputer kepada peserta. Di akhir kelas ini, peserta diberi latih tubi untuk menguji tahap pemahaman peserta. Peserta juga bersoal jawab dengan pelatih untuk kefahaman yang lebih lanjut mengenai komponen-komponen asas komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali