Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber

17 Mac 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Mac 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya berkenaan dengan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber. Perkongsian ini berlangsung selama 30 minit bagi memberi penerangan kepada ibu bapa mengenai pendedahan kanak-kanak di alam siber.

Selain itu, tujuan perkongsian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang kebaikan dan keburukan internet. Ibu bapa juga diberikan tips terbaik untuk menangani anak-anak yang mempunyai masalah berkaitan internet. Di samping itu, buli siber, sexting dan pengantunan dalam talian juga merupakan topik utama yang dikongsikan kerana ketiga-tiga kategori tersebut adalah masalah yang menjadi ‘trending’ dikalangan bukan saja anak muda, bahkan kanak-kanak juga tidak terlepas menjadi mangsa jenayah siber.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali