Sesi Perkongsian Klik dengan Bijak - Mendidik Anak dengan Bijak

9 September 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 8 September 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang mendidik anak dengan bijak. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian Klik dengan Bijak ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran ibu bapa supaya mereka pandai untuk mendidik anak-anak dengan bijak ketika mereka berada dalam talian atau dalam dunia siber. Tidak semua maklumat atau paparan media sesuai untuk tontonan kanak-kanak. Justeru, sebagai ibu bapa, mereka harus memainkan peranan mereka dengan mengawasi peggunaan internet anak-anak dan memuat turun perisian kawalan keselamatan dan hadkan masa penggunaan gadjet anak-anak.

Kebaikan sesi perkongsian ini ialah ibu bapa sedar peranan dan tanggungjawab mereka untuk menjaga dan melindungi anak-anak mereka ketika berada dalam talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali