Laptop or PC Slowing Down

26 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 25 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah melakukan satu video tutorial dan kesedaran tentang persembahan laptop atau komputer. Tutorial video ini telah dimuat naik di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan tutorial video ini dilakukan adalah untuk menunjukkan 10 sebab laptop atau komputer menjadi perlahan dan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut. Ini juga memberikan kesedaran kepada komuniti supaya menjaga komputer kita dengan cermat agar ia senang digunakan pada masa yang perlu seperti bekerja dari rumah mahupun PDPR.

Kebaikan tutorial video ini adalah dapat memberi tunjuk ajar kepada orang ramai atau pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Banadar Baru Permyjaya adalah untuk memudahkan urusan seharian mereka. Selain itu, tutorial video ini dapat menjadikan mereka celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali