LIVE Tutorial Cipta Stiker Nama Guna Microsoft Word

4 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 3 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas dalam talian menggunakan aplikasi LIVE Streaming Stream Yard. Kelas yang diadakan ialah LIVE Tutorial Cipta Stiker Nama Guna Microsoft Word. Kelas ini berasaskan ICT kerana menggunakan komputer atau laptop dan aplikasi Microsoft Word. Kelas ini berlangsung selama 30 minit. Penyertaan direkodkan menggunakan Google Form.

Semasa kelas berlangsung, wakil Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya menerangkan cara-cara untuk mencipta stiker nama menggunakan aplikasi Microsoft Word. Stiker nama ini sesuai digunakan untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak dan merupakan pelajar sekolah rendah atau usahawan kecil. Stiker nama dilekatkan pada buku teks atau produk usahawan.

Penciptaan stiker nama menggunakan Microsoft Word sangat mudah dan senang. Ibu bapa atau usahawan mahupun peserta yang menyertai kelas ini dapat mencipta jumlah stiker yang banyak dan murah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali