Tutorial Cara Semak Saman JPJ dan PDRM di MYEG

17 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tutorial tentang cara untuk semak saman JPJ dan PDRM di MYEG menggunakan telefon pintar.

Tutorial ini diajar melalui skrin rekod. Pengguna perlu pergi ke laman sesawang MYEG dan log masuk seperti biasa. Kemudian pergi ke tab JPJ atau pun PDRM untuk semak saman. Masukkan nombor kad pengenalan dan nombor plat kenderaan. Pengguna boleh terus bayar saman menggunakan perbankan internet sekiranya ada saman tertunggak.

Tutorial ini sangat mudah dan senang. Pengguna tidak perlu risau untuk berbaris panjang sekiranya hendak semak dan bayar saman. Semuanya boleh dilakukan di hujung jari

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali