Kahoot Usahawan

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 April 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan kelas e-learning. Kelas e-learning ini dilakukan di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya dan disertai oleh tiga orang peserta berumur dari 18 sehingga 40 tahun bermula dari jam 3:30 petang sehingga 4:30 petang. Semasa kelas diadakan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial diamalkan.

Kelas e-learning ini diadakan untuk menguji tahap pemahaman peserta terhadap kelas asas keusahawanan yang mereka sertai pada awalnya. Peserta diuji juga dengan kuiz e-dagang, ciri-ciri usahawan dan keusahawanan.

Peserta belajar perkara baharu ketika menyertai kelas ini. Peserta berkesempatan menggunakan komputer untuk tujuan belajar dan menyertai kursus.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali