Cara Split PDF Files

16 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah melakukan satu video tutorial tentang cara untuk split atau pisahkan PDF files. Tutorial video ini telah dimuat naik di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan tutorial video ini dilakukan adalah untuk menunjukkan cara untuk split atau pisahkan PDF files yang banyak menjadi satu PDF file yang berasingan. Cara nya sangat mudah dengan hanya cari ilovepdf atau pun smallpdf di Google. Kemudian, pilih PDF files yang ingin dipisahkan dan tekan butang pisahkan dan muat turun PDF files yang baharu dan telah dipisahkan berlainan PDF.

Kebaikan tutorial video ini adalah dapat memberi tunjuk ajar kepada orang ramai atau pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Banadar Baru Permyjaya supaya mereka tahu cara untuk pisahkan PDF files dengan mudah dan senang. Selain itu, tutorial video ini dapat menjadikan mereka celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali