Tutorial Cara Reload Guna Online Banking

14 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 13 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tutorial tentang cara untuk reload menggunakan aplikasi online banking atau pun internet perbankan di telefon pintar. Banyak aplikasi perbankan internet yang boleh digunakan untuk menambah nilai kredit telefon seperti CiMBClicks dan M2U.

Tutorial ini diajar melalui skrin rekod. Pengguna perlu log masuk ke aplikasi perbankan internet di telefon pintar. Cari reload atau top up tab dan pilih telco seperti DiGi, Celcom, Maxis atau lain-lain. Kemudian, pengguna perlu pilih jumlah ingin di reload seperti RM5, RM10, RM30, RM50 atau pun RM100.

Tutorial ini sangat mudah diikuti oleh pengguna. Penggunaan aplikasi perbankan internet sangat senang. Pengguna tidak perlu ke kedai untuk membeli reload. Sekarang, mereka boleh reload dan tambah nilai kredit di hujung jari. Hanya perlu ada perbankan intenet sahaja!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali