Kelas Asas Usahawan

25 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 April 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas usahawan. Kelas ini dilakukan di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya dan disertai oleh tiga orang peserta berumur dari 18 sehingga 40 tahun bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 3:00 petang. Semasa kelas diadakan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial diamalkan.

Kelas ini diadakan untuk memberi perkongsian kepada peserta tentang cara-cara untuk menjadi usahawan yang berjaya. Peserta juga diajar cara untuk memulakan e-dagang menggunakan portal produk Sarawak dan Shopee.

Peserta belajar perkara baharu ketika menyertai kelas ini. Kelas ini disertakan dengan kuiz dalam talian menggunakan aplikasi Kahoot. Peserta dapat menguji tahap pemahaman mereka terhadap keusahawan .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali