Cara Merge PDF Files

15 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 14 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah melakukan satu video tutorial tentang cara untuk merge atau gabungkan PDF files. Tutorial video ini telah dimuat naik di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan tutorial video ini dilakukan adalah untuk menunjukkan cara untuk merge atau gabungkan PDF files yang banyak dan ikut susunan yang betul. Cara nya sangat mudah dengan hanya cari ilovepdf atau pun smallpdf di Google. Kemudian, pilih PDF files yang ingin digabungkan dan tekan butang gabung dan muat turun PDF file yang baharu dan telah digabungkan menjadi satu.

Kebaikan tutorial video ini adalah dapat memberi tunjuk ajar kepada orang ramai atau pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Banadar Baru Permyjaya supaya mereka tahu cara untuk gabungkan PDF files dengan mudah dan senang. Selain itu, tutorial video ini dapat menjadikan mereka celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali