Tutorial Tambah Watermark Pada Gambar

13 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 Jun 2021, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya mengambil inisiatif untuk membuat aktiviti ICT secara dalam talian untuk mengisi waktu lapang komuniti yang #stayathome.

Aktiviti ini dihadiri oleh tiga (3) orang peserta. Aktiviti ini boleh dijalankan menggunakan telefon pintar sahaja dan bertujuan untuk membantu peserta membuat tanda pada gambar mereka.

Aktiviti ini membantu peserta untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam membuat watermark pada gambar supaya gambar mereka tidak digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya berperanan untuk memastikan komuniti disekitarnya mendapat ilmu ICT yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali