Sesi Pendaftaran Perniagaan Usahawan (SSM)

25 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 24 Mei 2021, pengurus Pusat Internet telah membuat satu inisiatif untuk membawakan perniagaan salah seorang usahawan PIK ke ‘next level’ iaitu mendaftarkan perniagaan beliau di portal SSM.

Usahawan dikehendaki mendaftar kedalam portal sebelum membuat pendaftaran perniagaan. Setelah selesai membuat pendaftaran, beliau perlu mengaktifkan ID terlebih dahulu dan menunggu sehingga mendapat emel kelulusan daripada pihak SSM. Selepas itu, baru diteruskan dengan pendaftaran perniagaan beliau.

Inisiatif ini juga membantu para usahawan yang berniaga secara dalam talian untuk memudahkan urusan perniagaan mereka pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali