Tutorial Cara Guna Aplikasi CamScanner

12 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 11 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tutorial tentang cara untuk menggunakan aplikasi CamScanner di telefon pintar. Aplikasi CamScanner ini mesra pengguna kerana boleh digunakan oleh pengguna telefon Android dan iOS.

Tutorial ini diajar melalui skrin rekod. Pengguna hanya perlu buka aplikasi CamScanner dan tekan tab camera di bawah untuk scan dokumen dalam bentuk hitam putih atau berwarna. Semua dokumen yang di scan automatik dalam bentuk PDF format. Pengguna disarankan agar on kan lampu flash supaya dokumen yang ingin di scan lebih jelas.

Tutorial ini sangat mudah diikuti. Kesimpulannya, sekiranya pengguna tiada mesin pengimbas atau scanner di rumah, mereka boleh muat turun aplikasi CamScanner yang berfungsi sebagai scanner.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali