Kelas Asas Komputer

23 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 Mei 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu Kelas Komputer. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya dan disertai oleh seorang sahaja peserta. Peserta merupakan pelajar lepasan SPM. Kelas bermula dari jam 9:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Semasa kelas diadakan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial diamalkan.

Kelas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas komputer. Pengenalan kepada komponen komputer juga membantu peserta mengenali komputer. Kelas yang dihadiri dengan hanya seorang sahaja peserta lebih memudahkan pemahaman pelajar.

Setelah selesai sesi pengenalan dan penerangan mengenai komputer dan komponennya. Peserta juga menyertai kuiz yang diadakan bagi menguji tahap pemahaman peserta mengenai asas komputer.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali