LIVE Sharing Advokasi Klik dengan Bijak (Oversharing)

22 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 April 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu perkongsian secara langsung iaitu advokasi Klik dengan Bijak mengenai Oversharing ataupun Perkongsian Berlebihan. Perkongsian ini dilakukan dalam talian melalui Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya bermula dari jam 3:00 petang sehingga 3:30 petang dan disertai oleh lima orang peserta berusia 25 sehingga 40 tahun.

Perkongsian ini dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan dan membuat perkongsian tentang keburukan berkongsi berlebihan di media sosial. Keselamatan diri dan keluarga boleh terancam dan kegiatan jenayah seperti rompakan boleh terjadi. Selain itu, perkongsian secara berlebihan menyebabkan data peribadi kita tidak selamat seperti nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat rumah boleh terdedah di media sosial atas kecuaian diri sendiri.

Peserta dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada ketika berada dalam talian dan ketika melayari media sosial. Bahaya datang tanpa diundang, jadi kita mesti berjaga-jaga! .

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali