Sesi Pengenalan dan Taklimat Program Maxis eKelas

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 19 Februari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai satu taklimat dalam talian berkenaan program Maxis eKelas bersama dengan Encik Herman Mizar Azmi di aplikasi Microsoft Teams bersama 36 PIK yang lain. Taklimat ini berlangsung selama 1 jam bermula dari 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi.

Tujuan taklimat ini diadakan untuk memperluaskan program Maxis eKelas ke seluruh PIK bawah jagaan Maxis. Pengurus dan Penolong Pengurus akan sama-sama mengelola eKelas ini.

Sehubungan itu, eKelas merupakan kelas dalam talian yang juga merupakan kelas bantu selepas sesi persekolahan. eKelas bermula dari Tahun 4 (10 tahun) sehingga Tingkatan 5 (17 tahun). Program eKelas merangkumi 3 subjek utama iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. eKelas akan berlangsung dalam talian menggunakan live tutorial di portal eKelas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali