Live Sharing Advokasi Klik dengan Bijak – Pengantunan dalam Talian

22 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 21 Januari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian mengenai advokasi Klik dengan Bijak iaitu Pengantunan dalam Talian. Perkongsian ini dilakukan di Facebook Page Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya dalam talian secara langsung untuk memberi kesedaran kepada komuniti tentang Pengantunan dalam Talian dan mengurangkan kelas fizikal sepanjang Covid-19.

Dalam sesi perkongsian ini, pelatih menjelaskan Perkongsian dalam Talian merupakan satu aktiviti jenayah yang dilakukan oleh pemangsa melalui internet dengan mengumpan kanak-kanah bawah umur atau yang lebih muda bagi tujuan seksual ataupun pemerdagangan kanak-kanak dan pelacuran kanak-kanak. Pengantunan dalam talian juga dikenali sebagai Cyber Grooming.

Semasa sesi perkongsian berlangsung, pelatih turut menjelaskan proses Pengantunan dalam Talian oleh pemangsa dan tips pencegahan Pengantunan dalam talian. Ibu bapa perlu memainkan peranan yang besar untuk memantau anak-anak supaya tidak menjadi mangsa pengantunan dalam talian kerana ia boleh menyebabkan trauma dan ketakutan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali