Tutorial Membuat Borang Menggunakan Google Form

13 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 12 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengambil inisiatif untuk membantu komuniti membuat Tutorial membuat borang menggunakan Google Form.

Tujuan aktiviti ini dilakukan bertujuan untuk membantu komuniti yang bekerja atau pun belajar secara dalam talian dimana mereka perlu untuk menghantar kehadiran untuk jumlah ahli yang ramai tanpa perlu bersemuka. Mereka Cuma perlu berkongsi pautan dan ahli yang terlibat boleh mengisi kehadiran mereka.

Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya berperanan dalam memastikan komuniti sekitarnya mendapat ilmu yang bermanfaat dan juga dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah sepanjang Pelan Pemulihan Negara dilaksanakan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali