Cara Convert Dokumen kepada format PDF

12 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 11 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah melakukan satu video tutorial tentang cara untuk convert dokumen seperti Microsoft Word ataupun Microsoft PowerPoint ke format PDF. Tutorial video ini telah dimuat naik di Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan tutorial video ini dilakukan adalah untuk menunjukkan cara untuk convert dokumen kepada format PDF. Terdapat dua cara untuk covert dokumen. Pertama, hanya perlu menggunakan aplikasi Microsoft Word dan Microsoft PowerPoint sahaja. Kedua, guna aplikasi ilovepdf atau pun smallpdf dengan carian di Google dan boleh convert dokumen dalam bentuk PDF.

Kebaikan tutorial video ini adalah dapat memberi tunjuk ajar kepada orang ramai atau pengikut Facebook Page Pusat Internet Komuniti RPR Banadar Baru Permyjaya supaya mereka tahu cara untuk convert dokumen dengan mudah dan senang. Selain itu, tutorial video ini dapat menjadikan mereka celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali