Tutorial Cara Guna Aplikasi Setel Petronas

11 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 10 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tutorial tentang cara untuk menggunakan aplikasi Setel Petronas di telefon pintar.

Tutorial ini diajar melalui skrin rekod. Pengguna hanya perlu buka aplikasi Setel. Sekiranya pengguna ingin mengisi petrol, pengguna perlu beradi di stesen petrol terdekat dan tekan tab ‘home’. Kemudian, sekiranya pengguna ingin membeli barangan kedai Mesra, pengguna hanya perlu tekan tab ‘pay’. Untuk top up, pengguna boleh top up Setel dengan hanya tekan tab ‘top up’ di atas.

Tutorial ini sangat mudah diikuti. Kesimpulannya, aplikasi Setel ini bertindak sebagai e-wallet. Sekiranya pengguna kehabisan tunai atau tiada tunai di tangan, pengguna boleh menggunakan aplikasi Setel di mana-mana stesen petrol Petronas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali