Kuiz Pantas Klik dengan Bijak

21 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 20 April 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kuiz pantas Klik dengan Bijak dalam talian melalui Zoom Meeting. Kuiz pantas ini telah disertai oleh dua orang peserta berusia 18 tahun sehingga 35 tahun bermula dari jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi.

Kuiz Pantas ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang tips keselamatan ketika berada dalam talian. Selain itu, pelatih juga membuat perkongsian tentang internet dan media sosial.

Peserta dikehendaki menjawab kuiz dan silang kata di akhir segmen. Sebelum aktiviti berakhir, pelatih menerangkan sekali lagi tentang tips keselamatan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali