Kuiz Asas ICT Online

16 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 15 Januari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu Kuiz Asas ICT Online. Kelas ini diadakan secara dalam talian menggunakan platform Google Meet daripada jam 2.30 hingga 3.30 petang. Kuiz ini dihadiri oleh lima (5) orang pelajar sekolah menengah. Para peserta dikehendaki mengisi kehadiran menggunakan Google Form yang disediakan.

Para peserta menjawab kuiz menggunakan Google Form yang telah disediakan oleh Pihak Pusat Internet. Setiap peserta diberi masa selama 30 minit untuk menjawab kesemua soalan kuiz. Pengisian kuiz pula adalah mengenai pengetahuan asas ICT dan komputer.

Tujuan kuiz diadakan adalah untuk menambah pengetahuan para peserta mengenai asas ICT dan komputer. Setelah selesai menjawab kuiz, peserta diberi penerangan mengenai setiap soalan dan jawapan yang diberikan. Penerangan yang diberikan untuk membantu pemahaman peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali