Latihan Penggunaan Komputer Riba

17 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 16 November 2021, Staf Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi latihan bersama salah seorang ahli yang juga usahawan PIK RPR Bandar Baru Permyjaya mengenai cara untuk mengendalikan laptop.

Latihan ini bertujuan untuk memberi bimbingan mengenai pengendalian laptop atau komputer riba untuk memudahkan urusan perniagaan dan juga penyimpanan rekod dan data perniagaan serta penggunaan hariannya.

Setiap ahli PIK dan juga Usahawan PIK boleh menempah masa untuk latihan berkenaan ICT dengan hanya berhubung dengan penyelia PIK untuk mendapatkan janji temu.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali