Klik Dengan Bijak – Phishing

12 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 11 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang Phishing. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital (PEDi) RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian Klik dengan Bijak ini diadakan adalah untuk memberi penerangan mengenai Phishing iaitu pancingan data/maklumat sulit. Ia dilakukan melalui hantaran SMS atau emel disertakan dengan pautan untuk memerangkap mangsa. Phishing juga terdiri daripada beberapa jenis. Selain itu, staf PEDi juga berkongsi mengenai kesan sekiranya menjadi mangsa Phishing.

Kebaikan sesi perkongsian ini ialah orang awam sedar peranan dan tanggungjawab mereka dengan tidak mudah mempercayai sesuatu emel atau SMS yang dihantar kepada mereka. Jika mereka tidak yakin dengan kandungan yang terdapat didalam emel atau mesej yang diterima, mereka boleh terus padam mesej dan abaikan. Selain itu, mereka boleh merujuk kepada orang yang dipercayai. Staf PEDi juga berkongsi tips agar dapat mengelakkan diri daripada menjadi mangsa Phishing.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali