Perkongsian Ringkas ICT (Bekerja dari mana-mana)

29 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 28 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah berkolaborasi bersama dengan Pusat Internet Komuniti Kampung Lambir dan Pusat Internet Komuniti RPR Sibujaya untuk membuat perkongsian ringkas ICT kepada komuniti.

Perkongsian ini bertujuan untuk memberi ringkasan bahawa pengguna boleh bekerja dari mana-mana sahaja, dengan sesiapa sahaja kerana hasil kerja kini boleh dikongsikan bersama tanpa perlu berjumpa satu sama lain. PIK RPR Sibujaya berkongsi mengenai cara untuk simpan dokumen didalam aplikasi OneDrive dan cara berkongsi fail tersebut manakala PIK RPR Bandar Baru Permyjaya berkongsi mengenai cara mendengar kandungan ayat yang kita taip dan terjemahan bahasa yang merangkumi hamper 60 bahasa yang terdapat dalam aplikasi Microsoft Word. PIK Kampung Lambir pula berkongsi mengenai cara untuk kekal selamat semasa berada didalam talian.

Perkongsian ini adalah untuk membantu memudahkan urusan masyarakat yang rata-rata kini bekerja dari rumah kerana PKP. Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya berperanan untuk memastikan komuniti disekitarnya mendapat ilmu ICT yang boleh digunakan dalam kehidupan seharian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali