Tutorial cara untuk dapatkan tarikh vaksin di My Sejahtera

9 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 8 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu tutorial tentang cara untuk mendapatkan tarikh vaksin bagi ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas di aplikasi My Sejahtera sekiranya mereka masih belum mendapat tarikh temu janji untuk vaksinasi.

Tutorial ini diajar melalui skrin rekod. Pengguna hanya perlu masuk ke aplikasi My Sejahtera dan klik Helpdesk dan pilih temu janji untuk dapatkan vaksin kepada ibu bapa yang berusia 60 tahun ke atas. Selepas itu, pihak yang bertanggungjawab akan memaklumkan tarikh vaksin kemudian.

Tutorial ini sangat mudah diikuti. Jangan lupa daftar diri dan keluarga untuk dapatkan vaksin Covid-19. Stay home, stay safe!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali