Kelas Asas Komputer dan Microsoft Office

10 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 9 Januari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu kelas asas komputer. Kelas ini diadakan di Bilik Latihan, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya, Miri dan telah dihadiri oleh seorang peserta berusia 19 tahun.

Peserta diajar mengenai komponen-komponen asas komputer yang mengandungi monitor, papan kekunci, tetikus, hard drive, RAM, motherboard dan sebagainya. Peserta dikenalkan dengan rupa bentuk komponen-komponen komputer dan dijelaskan setiap fungsi komponen tersebut.

Sepanjang sesi kelas diadakan, pelatih turut menyelitkan latih tubi menggunakan aplikasi Kahoot kepada peserta tentang komponen komputer di samping memberi satu perkongsian pendek advokasi Klik dengan Bijak.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali