Sesi Perkongsian Klik dengan Bijak – Panduan Keselamatan Melayari Internet

6 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 05 Disember 2021, Pusat Ekonomi Digital RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian Klik dengan Bijak tentang panduan keselamatan melayari internet. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital RPR Bandar Baru Permyjaya untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang keselamatan ketika melayari internet. Beberapa panduan atau tips keselamatan telah dikongsikan sepanjang perkongsian ini untuk langkah berjaga-jaga dan melindungi keselamatan diri dan media sosial.

Secara umumnya, sesi perkongsian ini dapat membantu komuniti untuk memahami panduan keselamatan ketika melayari internet. Antaranya, tidak berkongsi kata laluan dengan orang lain dan tidak terlebih kongsi di media sosial.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali