Sesi Perkongsian Apa itu PEDi

5 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 04 Disember 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi perkongsian tentang apa itu PEDi. Perkongsian ini telah diadakan di Facebook Page Pusat Ekonomi Digital untuk tontonan ramai.

Tujuan sesi perkongsian ini diadakan adalah untuk memberitahu orang ramai tentang kewujudan Pusat Ekonomi Digital atau pun PEDi. PEDi merupakan transformasi dari Pusat Internet Komuniti (PIK) yang telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob pada 21 November 2021 di Bera, Pahang.

Secara umumnya, PEDi merupakan pusat hentian komuniti untuk mengakses internet, mengasahkan kemahiran digital dan membantu usahawan mikro. Selain itu, PEDi menawarkan pelbagai latihan atau kursus berasaskan ICT dan digital untuk komuniti memperkasakan diri mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali