Bual Bicara Santai Kenapa Kemahiran itu Penting Pada Masa Sekarang

28 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 27 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Banadr Baru Permyjaya telah mengadakan satu bual bicara santai secara langsung bersama tetamu khas agensi swasta iaitu Encik Syafiq bin Sulaiman dari Petrosar Academy. Bual bicara ini diadakan dalam talian menggunakan platform Facebook Live Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya dan bersiaran selama 1 jam dari 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Tujuan bual bicara santai ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti atau masyarakat setempat tentang kewujudan Petrosar Academy sebagai tempat untuk menjalani latihan selama tiga bulan bagi mengasah kemahiran pelajar untuk menempuh alam pekerjaan.

Kebaikan bual bicara santai ini adalah kami dapat memperkenalkan Petrosar Academy sebagai pusat latihan dan memberi pendedahan kepada masyarakat bahawa kemahiran itu penting dan sangat perlu pada masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali