Tayangan Video Klik Dengan Bijak (Fikir Sebelum Bertindak dan Mendidik Anak Dengan Bijak)

6 Januari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 5 Januari 2021, pihak Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya telah mengadakan satu sesi Tayangan video Klik Dengan Bijak (KDB) mengenai Fikir Sebelum Bertindak dan Mendidik Anak dengan Bijak. Tayangan video ini bermula dari jam 1.45 hingga 2.00 petang dan dihadiri oleh seorang peserta sahaja. Pihak PIK cuma menggalakkan latihan secara bersemuka untuk seorang sahaja.

Tayangan video ini menekankan mengenai dua (2) perkara iaitu Fikir Sebelum Bertindak dan Mendidik Anak Dengan Bijak. Ia bertujuan untuk mendidik peserta untuk berfikir sebelum melakukan apa-apa tindakan. Dan juga membantu peserta cara-cara mendidik anak yang terdedah di alam siber dengan bijak.

Kelebihan yang dapat diperolehi daripada tayangan video ini ialah peserta lebih peka dan berhati dalam segala tindak tanduk yang diambil. Ibubapa juga tahu langkah-langkah yang betul untuk mendidik anak menggunakan sosial media dengan cara yang betul.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali