Bual Bicara Santai Kemudahan Pusat Internet Komuniti di Sarawak

27 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 26 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti RPR Banadr Baru Permyjaya telah mengadakan satu bual bicara santai secara langsung kolaborasi bersama Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi tentang Kemudahan Pusat Internet Komuniti di Sarawak. Bual bicara ini diadakan dalam talian menggunakan platform Facebook Live Pusat Internet Komuniti RPR Bandar Baru Permyjaya dan bersiaran selama 1 jam dari 2:00 petang sehingga 3:00 petang.

Tujuan bual bicara santai ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti atau masyarakat setempat tentang kewujudan Pusat Internet Komuniti sebagai pusat capaian akses internet dan pendedahan teknologi di Sarawak.

Kebaikan bual bicara santai ini adalah kami dapat memperkenalkan Pusat Internet Komuniti di Sarawak kepada komuniti setempat di samping meluaskan pengaruh Pusat Internet Komuniti kepada masyarakat tentang kemudahan, servis dan latihan yang disediakan pihak Pusat Internet Komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali